Thursday, March 5, 2009

Tip 6:Panduan Penting Menjadi Usahawan Internet

Bagaimana Menjadi Boss?

Sambungan yang lepas.

6. Meningkatkan Ilmu Dari Masa Ke Semasa
Sesuai dengan teknologi yang ada kita perlulah sentiasa mengikuti perkembangan semasa terutama berkaitan dengan teknologi & kaedah terbaru pemasaran.

Untuk itu kita perlulah sentiasa dapatkan subscribe dari internet marketer yang aktif menghantar newsletter dan mempunyai services yang baik. Jika hanya sekadar menghantar banyak tip & tawaran yang istimewa yang membantu perniagaan unternet anda.

Sekiranya sekadar menjula produk semata-mata, maka anda boleh meningggalkan subcribe ini. Ada juga yang banyak memberikan kemudahan, free ebook, tip-tip tetapi kadang kala menawarkan anda produk, jika mereka ini mempunyai perkhidmatan yang baik maka boleh meneruskan dengannya. Teritama yang sering memberikan tip-tip berguna dan melayani masalah anda. Ini penting kerana ia akan membantu perniagaaan internet anda.

Satu yang menrik ialah anda tidak perlu sangat surf internet. Hanya membuka email dan pelbagai tawaran & perkembanagan baru dapat anda ikuti. Bila ada masa berforum juga boleh menambahkan ilmu & niche pelanggan anda. Dapat berkongsi ilmu & pengalaman.

Rasanya ini sahaja tip yang terpenting sekiranya anda ingin berjaya secara cepat. Jika anda melakukan perkara ini secara serius, dengan sendiri kejayaan di dalam perniagaan internet akan menjadi hak mutlak anda. Sekiranya masih baru masih sedang belajar, belum mempunyai kmahiran dan memang pun apabila kita baru memulakan jalan ini banyak kepincangan & kecacatan yang akan menggagalkan usaha kita. Teruskan kajian & jangan putus asa. Sementara itu, masukkan link affilliate produk dari otai-otai yang sudah mempunyai nama. Ini akan membantu anda membuat jualan. Kerana mereka akan membeli hasil dari kekuatan promosi mereka. Anda cuma berusaha meningkatkan trafik ke laman web atau blog anda sahaja.

Insyallah selepas ini saya akan memperkatakan tip mengenai Rahsia Kejayaan Di dalam Perniagaan Internet ini.

Petikan dari: http://ampower2u.com/blog

Tip 5:Panduan Penting Menjadi Usahawan Internet

BAGAIMANA MENJADI SEORANG BOSS?

Sambungan dari yang lepas.

Langkah Seterusnya ialah:
5. Meningkatkan Kemahiran & Kajian Anda
Setelah anda berjaya menambahkan ilmu dan mempunyai GURU bagi setiap bidang
tertentu maka tingkatkan kemahiran anda lagi.

Apabila anda meningkatkan lagi kemahiran & ilmu anda dengan sendiri anda
boleh menilai dan membuat kajian samada apa yang anda lakukan sudah
memadai atau perlu ditingkatkan lagi.

Di dalam perniagaan R & D adalah WAJIB tapi jika anda gagal menambahkan
atau meningkatkan kemahiran anda bagaimana anda mampu membuat R & D.

Dengan adanya R & D anda akan dapat meningkatkan traffic atau melariskan
produk anda. Antara perkara yang boleh anda kaji di dalam aspek ini
ialah:

1. Kenapa belum ramai pelawat ke blog anda.
2. Kenapa produk anda belum ada pembeli?
3. Bagaimana untuk menghasilkan produk yang mendapat sambutan?

Kadang kala kita telah memiliki produk tapi tak laku. Lihat dimana silapnya?
Dari segi design cover ke?, surat jualan tak mengancam ke? Jika anda
mula rapat dengan mana-mana GURU boleh meminta pandangan & nasihat mereka.

Jadi faktor untuk menjadi BOSS ini sebenarnya banyak melibatkan GURU dalam
banyak aspek. Jika anda keseorangan, susah atau lamabt untuk berjaya.
Boleh berjaya tetapi lambat & memakan masa.

Petikan dari: http://ampower2u.com/blog

Tip 4:Panduan Penting Menjadi Usahawan Internet

BAGAIMANA MENJADI SEORANG BOSS?
Sambungan dari yang lepas.

Setelah anda mengetahui, memahami & mempraktikkan
apa yang telah anda pelajari, maka ia merupakan
tangga pertama menuju kejayaan.

Langkah Seterusnya ialah:
3. Bermula dengan mencari pengalaman
Setelah mempunyai ilmu dan seterusnya menambahkannya dari
masa ke semasa maka BERTINDAK adalah perlu.

Ramai dikalangan newbiz yang teragak-agak untuk memulakan
langkah walaupun telah mempunyai ilmu yang cukup.
Jika kita tidak mampu memiliki produk sendiri sekurang-kurangnya
kita mulakan dengan menjadi affilliate dahulu.

Yang penting segala ilmu berkaitan telah kita praktikkan.
Dengan adanya GURU segala perkara berkaitan teknikal boleh
dibincangkan dengan mereka.Ini akan melancarkan kerja anda.

Tapi seperti yang saya katakan dahulu. Anda mestilah membeli
produknya sekali sekala terutama yang berkaitan dengan keperluan anda
jadi ia akan memudahkan anda bertanya sekiranya anda menghadapi
masalah.

Kadang kala produk tersebut telah anda miliki, tetapi ada produk BONUS
atau ada di dalam produk tersebut perkara-perkara yang belum anda
kuasai
jadi sebab itu anda membelinya.

Dengan cara ini anda telah menjimatkan kos dan masa. Jangan lupa
TINDAKAN adalah penting untuk berjaya. Tidak mengapa tidak ada sambutan
dan pelawat. Tetapi jika anda sabar & teruskan juga lama kelamaan
anda akan melihat hasilnya. Ia menyeronokkan sebab risikonya
teramat kecil.

Bayangkan jika anda berniaga air tebu, modal lesen, tebu, tapak,persaingan
hujan dan banyak lagi cabaran yang melibatkan kos ribuan ringgit jika
anda gagal. Itu belum masuk perniagaan yang lebih besar dan modal tang tinggi.
Tetapi diinternet, kosnya cuma bayaran bulanan line interet
dan risiko tiada pelawat. Itu sahaja. Jadi bertindak sekarang.Tindakan
sekarang menentukan kejayaan anda.

Petikan dari: http://ampower2u.com/blog

Monday, February 2, 2009

Tip 3:Panduan Penting Menjadi Usahawan Perniagaan Internet

BAGAIMANA MENJADI SEORANG BOSS?
Sambungan dari tip lepas mengenai mencari GURU atau SIFU.

Antara perkara yang perlu anda lakukan:

2. Anda mestilah meningkatkan pengetahuan mengenai bidang ASAS sesuai
dengan bidang yang anda ceburi.Contoh Perniagaan Internet.

Untuk menguasai bidang ini anda perlulah menguasai secara keseluruhan
mengenai perkara yang berkaitan.Apakah perkara yang anda perlu tahu
asas-asas mengenai Perniagaan Internet:

a. Domain name & Hosting.
Termasuk pemasangan di FTP.

b. Menguasai secara berperingkat-peringkat HTML.

c. Blog.
# Cara pemasangan blog samada free atau berbayar.
# Cara meningkatkan rangking pelawat diblog.
# Cara menghasilkan duit dari blog.

d. Video Marketing
# Tahu bagaimana membuat video sendiri.
# software yang diperlukan.

e. Apa itu PDF dan bagaimana membuatnya.

f. Bagaimana menghasilkan Cover Ebook.

g. Membina Link jualan dari blog.

h. Membuat gambar bagi ECover Ebook anda.

Ini antara perkara asas yang WAJIB anda ketahui sebelum memulakan langkah
seterusnya. Ini kerana jika anda tidak menguasai yang asas ini PROJEK anda
tidak kira samada AFFILLIATE atau PRODUK SENDIRI akan gagal.

Satu cara ekspress mengupah orang membuatnya itu pun jika anda mempunyai
modal yang besar. Tapi belum tentu mendapat keuntungan. Akhirnya anda kecewa.

Untuk memudahkan anda kami ada mengeluarkan Ebook Asas ini bagi mempercepatkan
proses pembelajaran anda. Ebook FSPI ini akan membantu anda memahami
secara ASAS keseluruhan perkara tersebut.

Kami juga dari masa ke semasa akan mengeluarkan banyak lagi EBook samada berbayar
mahupun persuma untuk mendetailkan lagi persoalan ini supaya anda akan nampak
apa yang sebenarnya dikatakan PERNIAGAAN INTERNET tersebut.

Jadi selepas ini anda tidak lagi berjalan di dalam gelap tanpa arah. Anda
boleh fokus bidang yang anda sedang lakukan ini.
Yaitu PENDAPATAN MELALUI PERNIAGAAN INTERNET.

Tip 2: Panduan Penting Menjadi Usahawan Internet

BAGAIMANA MENJADI SEORANG BOSS?
Untuk menjadi seorang usahawan yang BENAR-BENAR berjaya anda mesti menjadi BOSS. Namun untuk menjadi BOSS anda memerlukan sedikit masa dan wang ringgit. Namun jika anda pandai mengejar masa ia mampu mempercepatkan proses ini.

Antara perkara yang perlu anda lakukan:
1. Anda mestilah mempunyai seorang SIFU atau GURU.
Ini antara tip ekspress mempercepatkan proses anda menjadi boss & kos paling murah
tanpa perlu menghadiri Kursus & seminar.
Ia juga penting bagi memastikan kelancaran kerja-kerja teknikal anda. Sekiranya
berlaku masalah anda boleh merujuk kepada mereka.

Satu tip yang ingin saya berikan, jangan lokek duit. Anda mestilah pandai
mengambil peluang. Dikalangan internet marketer yang ada, lihat kepakaran mereka.
Ada yang pakar dibidang design. Ada yang pakar dibidang affilliate. Ada yang pakar
di bidang autoresponder, minisite dan sebagainya. Jadi beli Ebook mereka dan dari
situ minta nasihat pada masalah yang anda perlukan. Jadi cara tak langsung anda
mendapat seorang GURU dengan bayaran service cuma beberapa EBook.

Jika mereka mempunyai blog beri komen POSITIF. Jadi disamping anda mendapat
rangking pelawat anda juga akan mendapat perhatian mereka.

Panduan memilih GURU atau SIFU:
a. Lihat kepakaran yang anda perlukan. Jika design cari internet marketer yang
suka menjual EBook berkaitan design. Ministe dan sebagainya.

b. Cepat menjawab email anda. Ini penting jika mereka malas menjawab email
bagaimana mereka hendak membantu anda nanti.

c. Pastikan EBook mereka yang anda beli memang berkualiti, membantu dan jelas
panduan yang diberikan. Jika indah khabar dari rupa, jangan membeli pada masa
depan. Dan mereka bukan GURU yang anda cari.

Ok rasanya cukup disini dahulu. Saya akan menyambungnya lagi selepas ini. Teruskan bacaan anda.

Petikan dari:http://ampower2u.com/blog