BAGAIMANA MENJADI SEORANG BOSS?
Sambungan dari yang lepas.
Setelah anda mengetahui, memahami & mempraktikkan
apa yang telah anda pelajari, maka ia merupakan
tangga pertama menuju kejayaan.
Langkah Seterusnya ialah:
3. Bermula dengan mencari pengalaman
Setelah mempunyai ilmu dan seterusnya menambahkannya dari
masa ke semasa maka BERTINDAK adalah perlu.
Ramai dikalangan newbiz yang teragak-agak untuk memulakan
langkah walaupun telah mempunyai ilmu yang cukup.
Jika kita tidak mampu memiliki produk sendiri sekurang-kurangnya
kita mulakan dengan menjadi affilliate dahulu.
Yang penting segala ilmu berkaitan telah kita praktikkan.
Dengan adanya GURU segala perkara berkaitan teknikal boleh
dibincangkan dengan mereka.Ini akan melancarkan kerja anda.
Tapi seperti yang saya katakan dahulu. Anda mestilah membeli
produknya sekali sekala terutama yang berkaitan dengan keperluan anda
jadi ia akan memudahkan anda bertanya sekiranya anda menghadapi
masalah.
Kadang kala produk tersebut telah anda miliki, tetapi ada produk BONUS
atau ada di dalam produk tersebut perkara-perkara yang belum anda
kuasai jadi sebab itu anda membelinya.
Dengan cara ini anda telah menjimatkan kos dan masa. Jangan lupa
TINDAKAN adalah penting untuk berjaya. Tidak mengapa tidak ada sambutan
dan pelawat. Tetapi jika anda sabar & teruskan juga lama kelamaan
anda akan melihat hasilnya. Ia menyeronokkan sebab risikonya
teramat kecil.
Bayangkan jika anda berniaga air tebu, modal lesen, tebu, tapak,persaingan
hujan dan banyak lagi cabaran yang melibatkan kos ribuan ringgit jika
anda gagal. Itu belum masuk perniagaan yang lebih besar dan modal tang tinggi.
Tetapi diinternet, kosnya cuma bayaran bulanan line interet
dan risiko tiada pelawat. Itu sahaja. Jadi bertindak sekarang.Tindakan
sekarang menentukan kejayaan anda.
Petikan dari: http://ampower2u.com/blog




No comments:
Post a Comment